Penyanyi Ariff Bahran baru-baru ini dikecam warga maya apabila dia ada berkongsi video wang berkepuk yang disimpan dalam peti sejuk.
Namun begitu, ujar pelantun lagu Bicara Rasa ini, dia sedikit pun tidak tergores hati dengan komen-komen negatif yang ditinggalkan netizen buat dirinya.
Jelas Ariff, video tersebut hanyalah sekadar konten dan sudah menjelaskan kepada pengikutnya tentang tujuan dan sumber wang yang disimpan dalam peti sejuk.
Apa saya buat ini sekadar suka-suka sahaja malah sudah menjelaskan kepada pengikut, saya simpan duit dalam akaun saya di bank tapi ada komitmen yang saya perlu bayar secara tunai.
Dia dalam pada itu tidak menyangka bahawa video berkenaan menjadi tular tetapi tidak pula berkenaan karier dan perjalanan seninya.
Saya tak sangka video itu menjadi viral. Saya kongsi mengenai lagu-lagu saya kurang dapat perhatian tapi bila kongsi mengenai hal peribadi saya ramai pula yang ingin ambil tahu.
View this post on Instagram
“Untuk konten yang bodoh ramai pula yang beri saya tontonan.” ujarnya lagi.