Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Kongsi Dekat Mana Saya Boleh Beli Tudung Labuh..” – Izara Aishah Ucap Terima Kasih Atas Doa Peminat

Izara Aishah

Setelah tampil manis bertudung labuh baru-baru ini, pelakon jelita Izara Aishah ada bertanyakan peminat mengenai di manakah dia boleh membeli khimar (tudung labuh) untuk dipakainya.

i

Advertisement

Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin bertanyakan soalan tersebut menerusi satu twit di laman media sosial Twitternya, kelmarin.

Dia turut mengucapkan terima kasih di atas doa-doa yang diterimanya setelah berhijrah itu.

Terdahulu, peminat memberi respon positif dengan perubahan menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza itu yang turut memadam gambar-gamabar tidak bertudungnya di Instagram.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen tampil mencadangkan jenama-jenama khimar yang dirasakan bersesuaian untuk pilihan isteri kepada Adib Khalid itu.

Meskipun Izara belum lagi memberi penjelasan mengenai status penghijrahannya itu, peminat seolah-olah mendapat bayangan bahawa pelakon filem J Revolusi itu kini sudah bertudung sepenuhnya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    August 18, 2021 at 12:41 pm

    MashaAllah,,cantiknya

  2. Hijabistahub

    August 16, 2021 at 5:40 am

    Die ni niat nak show kena labuh hijab OK tapi make up pun kena tone down lah ngeri ah tak natural be your own self lah

    • orang biasa

      August 16, 2021 at 12:10 pm

      to Hijabistahub – komen mcm ni la buat org baru nak berubah jadi down, satu satu laa.. biarkan dia, doakan dia.. ini kerja nak kondem org bila la berubah.. mana ada org berubah terus jadi perfect.. pemikiran tu cuba betul kan.. imagine sbb komen jenis mcm ni, org yg nak berubah terus jadi sebab tak jadi nak berubah sbb takut ngan komen manusia mcm ni..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top