Padam Foto Lama, Imej Izara Aishah Bertudung Labuh Raih Perhatian Ramai

Hiburan

Padam Foto Lama, Imej Izara Aishah Bertudung Labuh Raih Perhatian Ramai

Umum mengetahui bahawa Izara Aishah sering memuat naik mengenai kehidupan sehariannya menerusi laman media sosial. Malah wanita itu tidak kisah untuk berkongsi pendapat mengenai beberapa isu penting.

Izara Aishah
1 year lalu

Tak Yakin Nak Ambil Pembantu Rumah, Izara Aishah Belum Bersedia Tinggalkan Anak Untuk Bekerja

Advertisement

Terbaru, wanita itu mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik beberapa keping foto bertudung labuh di laman Instagram miliknya.

Penampilan pelakon jelita ini yang mengenakan jubah berwarna ungu berselfie di hadapan cermin menjadi tanda tanya. Apatah lagi apabila gambar-gambar lama dipercayai turut dipadam.

Baru sahaja satu jam dimuat naik, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 50,000 tanda suka. Bagaimanapun, ruangan komen perkongsian itu ditutup. Perkongsian itu juga dimuat naik tanpa sebarang kapsyen.

Untuk rekod, pelakon dan usahawan popular ini mendirikan rumahtangga dengan Muhammad Adib Khalid pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Irisa Alaia.

Kita doakan yang baik-baik buat Izara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. bukan penyibuk

    August 14, 2021 at 9:37 am

    farah nabilla bla lagi? bsyukurlh sudah dkurniakn anak yg comel, suami yang baik…………… allahuuuuu

  2. Anonymous

    August 13, 2021 at 11:24 pm

    Alhamdulillah.. berhijrah bersama rakannya Kilafairy… ??

Loading...