Kongsi Adab Masuk Rumah Baharu, Black Hanifah Nafi Nak Menunjuk Banyak Aset

Hiburan

Kongsi Adab Masuk Rumah Baharu, Black Hanifah Nafi Nak Menunjuk Banyak Aset

Penyanyi Black Hanifah baru-baru ini ada berkongsikan mengenai adab memasuki rumah baharu mengikut cara Islam di ruangan media sosial Instagram miliknya.

4 years ago

"Syukur Tiada Kemalangan Jiwa," Kereta Dipandu Pekerja Kemalangan, Black Hanifah Rugi RM8,000

Advertisement

Black berkata dia berkongsi mengenai perkara itu bukanlah atas sebab ingin menunjuk-nunjuk aset miliknya namun hanya ingin memberi contoh kepada orang lain.

Ujarnya lagi, dia berharap agar orang ramai memandang perkongsian media sosialnya itu dari sudut yang positif dan bukannya atas dasar riak dan menunjuk-nunjuk.

Bila berkongsi bukanlah bermakna saya nak menunjuk yang saya ada banyak aset. Contohnya bila masuk rumah baharu kenalah mengaji. Itu satu contoh untuk orang lain yang nak masuk rumah baharu agar ikut cara ini. Kalau nak menunjuk, dari awal beli dan dapat kunci saya dah buat.

Jelas Black, kediaman terbarunya itu telah dibeli sejak tiga tahun yang lalu namun tidak diduduki kerana dia mempunyai rumah yang lain.

Rumah yang terletak di sebuah kawasan perumahan di Selangor itu menurut penyanyi lagu Hanyut itu hanyalah digunakan untuk meletakkan kereta dan motosikal miliknya.

Selain itu, dia meluahkan rasa syukur kerana dalam masa yang sama dapat membina tiga chalet di kampungnya yang terletak di Kupang, Baling serta membina sebuah rumah banglo mini untuk bapanya.

Sebiji chalet dah ada orang sewa secara tahunan selama setahun. Malah ayah saya yang bantukan uruskan semuanya di sana. Ada lagi tanah suku ekar milik saya dan bercadang untuk bina empat buah rumah sewa demi membina sumber pendapatan di masa depan.

Kata Black, apa yang dilakukannya kini (mengumpul aset) adalah sebagai persediaan masa depan isteri dan anak-anaknya.

Sekadar info, Black telah mendirikan rumah tangga bersama Naquia Yasirah pada tahun 2013 dan mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...