June 14th, 2020

Penyanyi Black Hanifah baru-baru ini dilaporkan kerugian hampir RM8,000 setelah kereta yang dinaiki pekerjanya terlibat dalam sebuah kemalangan.

Dia yang berada di Pulau Pinang sejak rabu lalu terpaksa bergegas pulang ke Kuala Lumpur setelah mengetahu berita tersebut. Kereta jenis pacuan empat roda yang dipandu pekerjanya itu dikatakan telah terbabas dan kemudian melanggar pembahagi jalan selepas tayar kanan sebelah hadapan pecah.

Black yang ditemui Gempak.com memberitahu kos baikpulih mencecah hampir RM8,000 namun bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Kejadian itu berlaku selepas pekerja saya menggunakan kenderaan itu untuk membeli barangan pejabat. Tiba-tiba tayar kanan bahagian hadapan pecah dan menghentam pembahagi jalan. Cuma ada body kit bahagian hadapan, sport rim yang baru ditukar rosak dan perlu dibaiki,”

 Menyangkal dakwaan orang ramai yang melihat seakan-akan tayar kenderaan sudah lama tidak diselenggara, dia menyatakan bahawa tayar tersebut masih boleh dipakai lagi.

Tambahnya, kenderaan itu baru dipakai di dalam hutan dan tayar kereta berwarna seperti tanah dan botak. Dalam pada itu, Black Hanifah turut menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati di jalan raya dengan memandu secara berhemah dan berwaspada.


One response to ““Syukur Tiada Kemalangan Jiwa,” Kereta Dipandu Pekerja Kemalangan, Black Hanifah Rugi RM8,000”

  1. Anonymous says:

    hashtag ko mcm babi laaaa hitammm.. sampah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...