Komposer Azmeer Tegur Jangan Guna Industri Muzik Untuk Publisiti Murahan

Hiburan

Komposer Azmeer Tegur Jangan Guna Industri Muzik Untuk Publisiti Murahan

Komposer Dr Azmeer memberi peringatan kepada usahawan-usahawan tempatan yang ada agar berhenti memperlekehkan industri muzik tanah air dengan menceburi diri dalam bidang seni atas tujuan publisiti murahan.

Iqbal Zulkefli
4 minggu lalu

"Suara Saya Nyanyi Live Dan Rakaman Tak Jauh Beza" - Iqbal Simpan Hasrat Beraksi Di Pentas AJL

Advertisement

Menurut Azmeer atau nama sebenar, Mohd. Azhar Abu Bakar, kalau seseorang itu tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, seelok-eloknya lupakan saja hasrat untuk memeriahkan industri dengan produk seni yang tidak berkualiti atas tujuan publisiti murahan.

Biarlah orang yang betul-betul berbakat dan mempunyai usaha untuk menjadikan industri ini sebagai punca rezeki untuk ceburkan diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azmeer (@azmeercomposer)

Dalam pada masa yang sama, Azmeer juga merupakan komposer yang telah mencipta banyak karya malar berkata budaya tersebut akan membunuh industri seni jika dibiarkan berterusan.

Advertisement

Tambahnya lagi, industri seni ini bukan tempat untuk seseorang menggunakan atas kepentingan diri sendiri demi mengaut hasil menggunakan landasan yang tidak betul.

Dr Azmeer dan Iqbal

Sekadar info, selepas usahawan Datuk Seri Vida dan Datuk Seri Aliff Syukri, seorang lagi usahawan sensasi Iqbal Zulkefli turut mengikut jejak langkah mereka dengan melibatkan diri dalam bidang nyanyian dengan melancarkan single berjudul Hujan, semalam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. anonymous

    November 2, 2021 at 8:05 pm

    ek eleh ko ingat industri ni ko punya ker hansuang! punya pasal la sapa pun nak jadi penyanyi ko sapa nak halang dorang generasi baru pun tak kenal ko sapa ‘control freak’

  2. Armadan Hamdan

    November 2, 2021 at 7:45 pm

    DEAR AZMEER, PLEASE BAN ALL ENTERPRENEUR, ACTOR/ACTRESS AND INFLUENCER/INSTAFAMOUS FROM ENTERING THIS INDUSTRY! THEY ARE TOTALLY GARBAGE IF ENTERING THIS INDUSTRY!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...