Memetik laporan daripada BERNAMA, setelah sekian lama menunggu, pada hari ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melancarkan rangkaian 5G di Malaysia dan pelancaran itu adalah satu usaha menyediakan kemudahan internet lebih pantas buat rakyat Malaysia.
Menurut Menteri KKMM, Tan Sri Annuar Musa, kawasan yang akan terlibat dalam menerima rangkaian internet 5G pada tahun pertama adalah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.
Ia akan diperluaskan secara berperingkat sehingga mencapai 36 peratus di seluruh negara.
Pada tahun hadapan, pelancaran 5G akan ditumpukan pula pada negeri padat penduduk termasuk Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.
Tambah beliau lagi, perkhidmatan 5G adalah pencetus kepada transformasi untuk masa akan datang, memandangkan ia boleh mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai kegiatan berteknologi tinggi.
Dalam pada masa yang sama, di bawah Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA yang kini bergerak, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan mewujudkan platform untuk rakyat yang seiring dengan perkembangan teknologi digital baharu selain dapat menjalankan perniagaan atas talian.
Wah lepas ni laju lah internet masing-masing!
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.