KKM Nasihat Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan Sementara Buat Ujian Kendiri COVID-19

Berita

KKM Nasihat Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan Sementara Buat Ujian Kendiri COVID-19

Biarpun sekarang ini banyak urus setia atau sukarelawan sedang sibuk membantu mangsa-mangsa banjir berpindah ke pusat perlindungan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut tidak lupa menasihatkan agar mereka yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) menjalankan ujian kendiri air liur RTK Ag.

Setiap individu yang berada di dalam PPS perlu menjalani ujian dan perlu segera diasingkan jika didapati positif COVID-19 agar tidak berlakunya penularan di kawasan tersebut.

Advertisement

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, Pejabat Kesihatan Daerah perlu dimaklumkan dengan menghubungi talian ‘hotline’ yang disediakan dengan segera supaya langkah pengesanan kontak rapat dijalankan.

Pusat pelindungan sementara mangsa banjirSumber : The Nusantara Daily 

KKM faham sekiranya SOP kesihatan awam tidak dapat dipatuhi sepenuhnya sewaktu menyelamatkan nyawa, tapi berharap semua dapat patuhi SOP sebaik mungkin.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melaporkan peningkatan kes positif COVID-19 dijangka akan berlaku di PPS kerana pemantauan kesihatan awam yang tidak dapat dilakukan akibat berdepan dengan musibah banjir.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham juga memberitahu KKM telah menyediakan pasukan perubatan di PPS terutamanya di PPS yang besar dengan membekalkan ubat-ubatan asas, cecair pembasmi kuman dan pelitup muka buat mangsa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending berkaitan isu banjir pada pautan di bawah.

mangsa korban banjir
2 years ago

"Syukur Hanya Sedikit Terkorban.." - Salah Cakap? Ahli Politik Teruk Dikecam Netizen!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...