KKM Kesan Kanak-Kanak 8 Tahun Positif COVID-19 Dari Varian Omicron

Berita

KKM Kesan Kanak-Kanak 8 Tahun Positif COVID-19 Dari Varian Omicron

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan kes kedua dalam Malaysia varian Omicron yang melibatkan seorang kanak-kanak warganegara yang menetap di Nigeria.

Menurut menteri Khairy Jamaluddin melalui sidang media hari ini, perkara tersebut telah disahkan pada 14 Disember 2021 dan kedua-dua kes ini merupakan jangkitan import dari luar negara, bukannya dalam negara.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau berkata kanak-kanak yang berusia lapan tahun itu, tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.

Ketika membuat ujian RT-CPR semasa ketibaan, keputusan kanak-kanak itu didapati positif COVID-19 pada 7 Disember 2021 dan tiada sebarang gejala yang dihadapinya serta diarahakan untuk membuat isolasi di rumah selama 14 hari.

Hasil ujian kepada ahli keluarganya serta pemandu teksi yang membawa dari KLIA ke kediaman mereka didapati negatif, malah pada hari kelima dan ke-11 juga negatif.

Dalam pada masa yang sama, Khairy atau lebih mesra dikenali sebagai KJ berkata terdapat sebanyak 18 kes lagi berkemungkinan varian Omicron dan sedang menunggu keputusan pada hari esok.

Khairy J
3 years ago

"Kes Varian Omicron Pertama Telah Dikesan Di Malaysia" - Khairy Jamaluddin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...