“Kes Varian Omicron Pertama Telah Dikesan Di Malaysia” – Khairy Jamaluddin

Berita

“Kes Varian Omicron Pertama Telah Dikesan Di Malaysia” – Khairy Jamaluddin

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan varian baharu yang sedang tersebar di seluruh dunia, varian Omicron telah dikesan di Malaysia dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi.

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mula menjalankan ujian PCRGenotyping Assay’ ke atas semua sampel positif yang disaring di pintu masuk antarabangsa (PMA) KLIA sebagai inisatif tambahan kepada kajian berterusan jujukan genom penuh (whole genome sequencing – WGS).

Advertisement

Hasil daripada ujian PCR Genotyping Assay, satu daripada sampel dari tempoh 11 November 2021 hingga 28 November 2021 dikesan berkemungkinan besar adalah VOC Omicron.

Menurut Khairy, kes membabitkan pelajar bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu, sebelum WHO umum penemuan varian Omicron.

Pelajar berkenaan telah menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan pihak universiti di Ipoh. Perjalanan beliau dari KLIA ke Ipoh juga menggunakan bas khas yang disediakan oleh pihak universiti. Beliau juga patuh menjalani kuarantin kendiri dan tidak keluar ke mana-mana sepanjang proses kuarantin.

Pengesanan kontak rapat dijalankan kepada penumpang bas dan pemandu seramai 5 orang. Mereka telah jalani kuarantin wajib dan sampel pertama dan kedua semua kontak rapat adalah negatif.

Semoga ini kes yang pertama dan terakhir di Malaysia.

Adham Baba
2 years ago

"Tiada Varian Omicron COVID-19 Dikesan Di Malaysia Sehingga Kini.."- Dr Adham Baba

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Vocket

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...