Mulanya bulan Ramadan pada hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan Operasi Ramadan 2024 secara serentak di seluruh negara yang melibatkan semua premis makanan termasuk di bazar Ramadan yang akan bertambah pengunjung sepanjang bulan puasa ini.
Memastikan makanan selamat
Menurut kenyataan daripada KKM, operasi tersebut melibatkan pemeriksaan premis dan pensampelan makanan bagi memastikan makanan disediakan atau dijual selamat selain mematuhi Akta Makanan 1983. Tambahan pula, pemeriksaan juga akan dijalankan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.
Kempen-kempen kesedaran berkaitan keselamatan makanan kepada orang ramai, pengendali dan pengusaha premis bahan mentah, premis penyediaan makanan, premis pembekal makanan turut dijalankan.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengutamakan keselamatan makanan sepanjang Ramadan dalam memilih apa sahaja juadah berbuka.
Bukan itu sahaja, memetik dari laporan Kosmo, pihak KKM juga menegaskan mereka akan sentiasa peka dan prihati dengan hal-hal yang dapat memudaratkan pembeli. Oleh itu, pelasanaan pemantauan dan peguatkuasaan ini diteruskan sepanjang Ramadan.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.