Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bakal sertai Johan, AG dan Fara Fauzana dalam segmen Bekpes Hot di stesen radio Hot FM.
Perkara itu disahkan Media Prima Audio (MPA) hari ini di mana beliau akan bertugas sebagai penyampai radio stesen itu bermula Rabu hadapan.
Tuan empunya badan, Khairy juga telah memaklumkan tentang hal tersebut menerusi satu temu ramah bersama penyampai Hot FM melalui telefon pagi tadi.
Difahamkan, tawaran Hot FM kepada Khairy dibuat menerusi surat terbuka di Instagram stesen radio itu dan kehadiran beliau diyakini akan memberi suntikan baru dan segmen akan menjadi lebih menarik.
Kata MPA, Khairy bukan sahaja ahli politik dan pemimpin yang hebat tetapi juga pempengaruh yang mempunyai impak besar buat rakyat Malaysia.
Kehadiran KJ bukan hanya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada pendengar menerusi gandingan ahli politik, pelawak dan penyampai radio, tetapi dimensi baharu untuk landskap radio negara.”
Dengarkan ‘Bekpes Hot’ bersama Johan, AG, Fara Fauzana dan KJ setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 hingga 10 pagi.
Tahniah buat Khairy Jamaluddin dan selamat bertugas dalam bidang baru sebagai penyampai radio.