“Dah Kalah Diam Jelah, Kau Lagi Tak Layak” – Khairy Jamaluddin Teruk Dihentam Netizen Di Twitter

Trending

“Dah Kalah Diam Jelah, Kau Lagi Tak Layak” – Khairy Jamaluddin Teruk Dihentam Netizen Di Twitter

Selepas tewas di Parlimen Sungai Buloh, sesetengah netizen berpendapat bahawa Khairy Jalamuddin (KJ) tidak layak bersuara dan menekan Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk meletakkan jawatannya.

Anwar Muhyiddin
1 year ago

Siapa PM Baharu? Anwar Dakwa Sudah Ada Majoriti, Abah Pula Kata Dah Terima Surat Agong Bentuk Kerajaan

Advertisement

Itu yang berlaku selepas dia dilihat dihentam teruk oleh warganet selepas mengeluarkan kenyataan menggesa agar Zahid melepaskan jawatan kerana gagal memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRU15.

Menerusi Twitter, KJ menyuarakan bahawa Zahid Hamidi tidak boleh terlibat dalam perundingan pembentukan kerajaan baru dan perlu undur dengan segera.

Beliau tiada lagi keabsahan moral selaku Presiden UMNO dan mesti undur segera.”

Bagaimanapun, netizen dilihat menentang menantu perdana menteri ke-5 itu dan berkata beliau tidak layak bersuara kerana telah tewas kepada selain tiada sebarang jawatan dalam UMNO.

Rata-ratanya dilihat mengkritik KJ di mana ada yang mengungkit peristiwa kerajaan ‘pintu belakang’ pada 2 tahun lepas selain berkata Zahid dilantik sebagai Presiden dengan cara yang betul.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...