“Kita Tutup Buku, Flop Poppy Kalau Ada Pun Dari Dulu Memang Saya Juga Buat Semua Kerja” – Andy

Hiburan

“Kita Tutup Buku, Flop Poppy Kalau Ada Pun Dari Dulu Memang Saya Juga Buat Semua Kerja” – Andy

Melalui laporan Harian Metro, penyanyi dan pemuzik dikenali ramai iaitu Andy, 53, meluahkan rasa nekad bahawa dirinya mahu ‘menutup buku’ bersama kumpulan Flop Poppy, malah mahu membuka jalan seni sebagai penyanyi solo.

‘Tutup buku’ untuk kumpulan Flop Poppy

Menurut Andy, sudah tiba masanya untuk dia meneruskan apa yang dia mahu dan dalam pada masa yang sama, ahli kumpulan yang mempunyai komitmen masing-masing.

Advertisement

flop poppy

Kita tutup bukulah. Flop Poppy kalau ada pun, dari dulu memang saya juga yang buat semua kerja. Saya yang buat lagu, saya terbitkan, saya susun muzik, saya menyanyi dan semuanyalah.

Tak kisah jika peminat panggil Andy Flop Poppy

Bagaimanapun, penyanyi terbabit berkata dia tidak keberatan jika peminat masih mahu memanggilnya sebagai Andy Flop Poppy.

andy flop poppy

Dari sudut pandang saya, orang kenal saya sebagai Andy Flop Poppy pun tak ada masalah sebab jenama itu pun saya yang buat. Saya rasa lebih mudah sebab dah ada jenama itu.

Sekadar info, kumpulan Flop Poppy ditubuhkan pada 1989 sebagai kumpulan underground dan mereka menjadi popular selepas lagu Cinta yang diterbitkan pada tahun 2002 jadi pilihan ramai.

andy flop poppy
2020-06-25 21:52:23

Baki Bayaran Konsert Gagal Dibayar, Keputusan Mahkamah Berpihak Pada Andy Flop Poppy

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...