Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Baki Bayaran Konsert Gagal Dibayar, Keputusan Mahkamah Berpihak Pada Andy Flop Poppy

andy flop poppy

Siapa tidak kenal dengan kumpulan Flop Poppy yang sudah bertapak di Malaysia sejak daripada tahun 1989 lagi.

Pun begitu, kumpulan ini hanya terjun dalam muzik arus perdana pada tahun 2000 sebelum berjaya merebut hati ramai pendengar kerana rentak lagunya yang mudah diikuti.

Advertisement

Popular dengan pelbagai lagu antaranya ‘Jika Kau Bercinta Lagi’, ‘Aku Dan Kamu’, ‘Cinta’ dan pelbagai lagi, kesemua muzik dendangan mereka sememangnya tidak lapuk dek zaman.

andy flop poppy

Dek populariti Flop Poppy, kumpulan ini sering dijemput untuk menghadiri dan menjayakan pelbagai konsert. Pun begitu, dikhabarkan salah satu penganjur acara yang berkenaan gagal membayar kos baki bayaran konsert kepada Andy.

Selepas hampir 2 tahun cuba menyelesaikan isu ini, keputusan mahkamah akhirnya memihak kepada Andy apabila tuntutan yang dikemukakan supaya pihak penganjur membayar semula baki bayaran dan juga kos ganti rugi dibenarkan.

andy flop poppy

Advertisement

Dengan bantuan syarikat guaman Akmal Shamsul Kahar & Co., penyanyi hebat itu dapat menuntut keadilan untuk isu berat ini.

Diharapkan Andy Flop Poppy terus berkarya selepas ini kerana ramai yang merindui suaranya.

Sumber: Facebook

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama