Kumpulan nasyid terkenal negara, Raihan menerusi salah seorang ahlinya, Abu Bakar berkata kerajaan perlu menyediakan lebih banyak ‘pilihan’ konsert mengikut garis panduan yang baik, berbanding menyenarai hitamkan mereka untuk membuat persembahan di Malaysia.
Kata Abu bakar, meskipun tugas tersebut (memperketatkan pemantauan artis luar negara yang ingin membuat persembahan) agak sukar, namun ia perlu bagi mengelakkan daripada tersebarnya pengaruh yang tidak baik kepada generasi muda.
View this post on Instagram
Seperti contoh, pihak berwajib perlulah memantau latar belakang penyanyi terbabit seperti lirik lagu dan video muzik mereka.
Saya percaya tidak semua lagu daripada album penyanyi terbabit mempunyai mesej negatif. Namun itu lebih baik daripada terus mengharamkan persembahan mereka.
Tambahnya lagi, artis tempatan perlu ‘melawan’ dengan konsert yang mempunyai mesej positif jika merasakan bahawa artis luar lebih banyak menyebarkan pengaruh yang tidak baik.
Kita tidak boleh haramkan konsert mereka atau halang anak muda pergi ke konsert terbabit. Tetapi kita sediakan pilihan untuk mereka iaitu menyajikan konsert berkonsep berhibur sambil berdakwah.
Perkembangan lain, kumpulan Raihan bakal mengadakan konsert Garis Masa Raihan pada 26 November ini yang bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam sempena ulang tahun ke-25 mereka dalam industri muzik tempatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.