“Hidup Ini Bukan Lakonan” – PU Syed ‘Bahasakan’ Nabila Huda Isu Konsert Blackpink

Hiburan

“Hidup Ini Bukan Lakonan” – PU Syed ‘Bahasakan’ Nabila Huda Isu Konsert Blackpink

Jika sebelum ini pelakon Nabila Huda mengeluarkan kenyataan bahawa protes terhadap penganjuran konsert penyanyi antarabangsa di Malaysia adalah sebagai tidak matang, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak memberi respons berkaitan pandangan tersebut.

Dalam entri yang dibuat menerusi akaun Instagram, PU Syed menerangkan tentangan yang dibuat bukanlah disebabkan sikap yang tidak matang tetapi kerana dapat membezakan perkara yang baik atau pun buruk.

Advertisement

PU Syed turut menjelaskan tentangan itu dilakukan kerana tidak mahu konsert penyanyi antarabangsa tersebut menjadi punca kepada kemaksiatan di negara ini.

Kita tak hendak supaya ia menjadi punca kepada kemaksiatan kepada Allah SWT.”

Dalam pada itu, PU Syed sempat ‘memerli’ Nabila Huda dengan menyatakan hidup ini bukannya suatu lakonan dan hanya mengikut perintah Allah kerana menjayakan watak semata-mata.

Puan Nabila mungkin terlebih matang bila mana tuntutan Allah untuk menutup aurat masih lagi gagal dilaksanakan kecuali dalam lakonan semata-mata.”

Tambahnya lagi, dia berterima kasih kepada pelakon itu kerana melabel orang yang menentang kemungkaran sebagai tidak matang.

Sekadar info, PU Syed membuat bantahan terhadap konsert kumpulan terkenal dari Korea Selatan, Blackpink yang bakal berlangsung pada 4 Mac 2023.

PU Syed turut berkeras hendak melakukan perhimpunan bantahan jika konsert berkenaan masih diteruskan.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

3 bulan lalu

"Itu Yang Diberi Perhatian" - Nabila Huda Anggap 'Protes' Konsert Artis Antarabangsa Tak Matang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...