“Itu Yang Diberi Perhatian” – Nabila Huda Anggap ‘Protes’ Konsert Artis Antarabangsa Tak Matang

Hiburan

“Itu Yang Diberi Perhatian” – Nabila Huda Anggap ‘Protes’ Konsert Artis Antarabangsa Tak Matang

Sebelum ini, Pemuda PAS Malaysia telah membuat kenyataan media di laman rasmi Facebook, mendesak agar pihak kerajaan membatalkan semua konsert-konsert ‘Hedonisme Melampau’ yang akan di adakan oleh artis antarabangsa di Malaysia.

Menerusi hantaran tersebut, Ketua Pemuda iaitu Ahmad Fadhli Shaari berkata seandainya pihak kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan, akan berlakunya bantahan besar-besaran di seluruh negara.

Advertisement

Menurutnya lagi, PAS melalui anggota kabinet akan memainkan peranan untuk memastikan konsert-konsert daripada artis antarabangsa yang dijadualkan dapat dibatalkan kerana ia tidak bersesuaian dengan norma-norma dan nilai hidup umat Islam di Malaysia.

Saya sangat mengharapkan agar kerajaan melalui menteri-menteri berkaitan menimbangkan untuk membatalkan dan menarik semula kebenaran untuk konsert-konsert ini berlangsung.

Pihak kami tak teragak-agak untuk menggerakkan tentangan di seluruh negara jika ia tidak diendahkan. Jika ada saudara seagama menghalang usaha ini dengan tindakan mahupun dengan kata-kata, doakanlah mereka mendapat hidayah.

Meninjau di ruangan komen, kenyataan media itu telah mendapat mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan dalam kalangan selebriti.

Tidak ketanggalan, pelakon berbakat, Nabila Huda turut memberi respon mengenai kenyataan media tersebut dan tindakan itu dianggap sebangai tidak matang.

Menurut Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Huda Suhaimi, masih terdapat banyak isu lebih utama melibatkan negara yang perlu diberkan perhatian berbanding penganjuran konsert.

Dalam pada itu, Nabil atau lebih mesra disapa Abil turut mempersoalkan mengenai dakwaan konsert antarabangsa boleh menyebabkan ‘budaya hedonisme’.

Ini memandangkan Hedonisme merupakan fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup. Ia juga merupakan anjuran atau pandangan bahawa kesenagan atau kenikmatan merupakan tujuan hidup dan tindakan manusia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

PAS gesa kerajaan halang artis antarabangsa masuk Malaysia
2 years ago

PAS Gesa Kerajaan Batal Semua Konsert Artis Antarabangsa Atau Ada Bantahan 'Besar-Besaran'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...