“Kita Sorang Je Perempuan..” – Wanita Menangis Ditinggalkan Ketika ‘Ride’, Rakan-Rakan Lelaki Pecut Dulu

Kehidupan

“Kita Sorang Je Perempuan..” – Wanita Menangis Ditinggalkan Ketika ‘Ride’, Rakan-Rakan Lelaki Pecut Dulu

Baru-baru ini, tular video di TikTok seorang wanita menangis kerana kecewa ditinggalkan kawan-kawan lelakinya ketika ride sebab lambat menunggang.

Dapat dilihat dalam video TikTok itu, wanita bernama Mekyaa teresak-esak menangis sambil menyifatkan rakan-rakan lelakinya tidak mempunyai sifat kasihan terhadapnya.

Advertisement

Lagi membuatkannya rasa kecewa, kerana Mekyaa satu-satunya wanita yang menyertai aktiviti menunggang motosikal itu.

Dalam pada masa yang sama, Mekyaa turut meluahkan rasa menyesal kerana tiada seorang rider yang tampil untuk bertanggungjawab atas perkara yang sudah berlaku, malah meninggalkannya terkontang-kanting seorang diri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen persoalkan tindakan Mekyaa menyertai aktiviti berkenaan jika sudah mengetahui ia tidak sesuai untuk dirinya yang merupakan seorang saja wanita dalam kelompok tersebut.

komen netizen

komen netizen

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut meraih lebih 50,000 tanda suka dan lebih 1 juta pengguna TikTok menonton video tersebut.

rider pelanggan kantoi
10 months ago

"Dah Lama Kitorang Cari You" - Berkali-Kali Guna Taktik 'Cancel Order', Puas Hati Tengok 'Rider' Cekup Pelanggan Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...