“Dah Lama Kitorang Cari You” – Berkali-Kali Guna Taktik ‘Cancel Order’, Puas Hati Tengok ‘Rider’ Cekup Pelanggan Ini

Kehidupan

“Dah Lama Kitorang Cari You” – Berkali-Kali Guna Taktik ‘Cancel Order’, Puas Hati Tengok ‘Rider’ Cekup Pelanggan Ini

Tular satu video di media sosial mempamerkan seorang lelaki yang juga penghantar makanan berdepan dengan pelanggannya yang membatalkan tempahan.

Difahamkan, tindakan pelanggan itu bertujuan untuk mendapatkan makanan percuma kerana dia memilih kaedah pembayaran COD.

Advertisement

Kejadian itu berlaku di sebuah kondominium di Puchong dan pelanggan licik ini akan mengarahkan rider untuk tinggalkan makanan mereka di lobi walhal dia sudah pun membatalkan pesanan di aplikasi.

Ini pun order sudah cancel, you cancel kan tau. Tapi you turun bawah untuk ambil makanan ini. Kalau you dah cancel, tak boleh ambil. Ini cancel, saya makan.”

Tambah lelaki itu, dia memang sengaja menunggu pelanggan wanita berkenaan turun dari rumahnya untuk mengambil makanan kerana ia merupakan kali ketiga dia melakukan taktik tersebut pada hari yang sama.

Rider bernama Amirol itu juga sempat memberi amaran kepada pelanggan itu untuk membuat laporan polis kerana sudah menganiaya penghantar makanan.

Ramai netizen memuji Amirol kerana bercakap dengan tenang dan bersopan meskipun dalam keadaan marah terhadap pelanggan terbabit.

Saya suka cara rider ni. Tenang tapi tegas, takde sepatah kata kesat dan tidak naik baran.”

Sementara itu, ramai yang menghentam tindakan pelanggan wanita berkenaan kerana menyusahkan kerja rider dan menyekat rezeki mereka bekerja.

abang rider gaduh dengan warga singapura
11 months ago

Diugut Boikot, Syarikat Penghantaran Popular Kembalikan Akaun ‘Rider’ MatKibot

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...