Baru-baru ini, tular video di TikTok seorang wanita menangis kerana kecewa ditinggalkan kawan-kawan lelakinya ketika ride sebab lambat menunggang.
Dapat dilihat dalam video TikTok itu, wanita bernama Mekyaa teresak-esak menangis sambil menyifatkan rakan-rakan lelakinya tidak mempunyai sifat kasihan terhadapnya.
Lagi membuatkannya rasa kecewa, kerana Mekyaa satu-satunya wanita yang menyertai aktiviti menunggang motosikal itu.
Dalam pada masa yang sama, Mekyaa turut meluahkan rasa menyesal kerana tiada seorang rider yang tampil untuk bertanggungjawab atas perkara yang sudah berlaku, malah meninggalkannya terkontang-kanting seorang diri.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen persoalkan tindakan Mekyaa menyertai aktiviti berkenaan jika sudah mengetahui ia tidak sesuai untuk dirinya yang merupakan seorang saja wanita dalam kelompok tersebut.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut meraih lebih 50,000 tanda suka dan lebih 1 juta pengguna TikTok menonton video tersebut.