Pelakon dikenali ramai, Puteri Sarah dikatakan hingga ke hari ini masih diganggu oleh individu yang bernama ‘Mastura’ di laman media sosial.
‘Mastura’ masih tak puas hati
Puteri Sarah atau mesra dipanggil Sarah ada memuat naik foto anak lelakinya, Syaikhul Islam bersama bapa dan bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam.
Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang rasa kurang senang si ‘Mastura’ hingga sanggup meninggalkan komen dengan berkata aktres terbabit terlalu ‘try hard’.
View this post on Instagram
Tidak mendiamkan diri, Sarah menyindir tindakan Mastura itu sebagai ‘gila’ .
Laparkan perhatian
Masih tidak berpuas hati, Mastura meninggalkan komen satu lagi dengan menyifatkan Sarah memuat naik foto sedemikian kerana mahu meraih simpati.
“Kita laki sayang, awak tak habis-habis rintih simpati.”
Melihat Mastura masih tidak berpuas hati terhadapnya, Sarah menegaskan bahawa tindakan individu itu seperti ‘lapar perhatian’ kerana selepas setahun lebih dia kembali muncul menganggu hidup aktres terbabit.