“Kita Kena Mengalah, Tu Hak Dia..” – Tak Indah, Shikin Maembong Kongsi Banyak Berkorban Jadi Isteri Kedua

Hiburan

“Kita Kena Mengalah, Tu Hak Dia..” – Tak Indah, Shikin Maembong Kongsi Banyak Berkorban Jadi Isteri Kedua

Susulan kisah mengenai lelaki kahwin dua menular sejak kebelakangan ini, kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong tampil berkongsikan pengalamannya menjadi isteri kedua.

Shikin Maembong atau nama sebenarnya, Siti Nur’ Asyikin Ismail mengakui tidak mudah untuk bermadu kerana banyak perkara yang perlu dikorbankan.

Advertisement

Namun, dia turut menyedari segala cabaran yang perlu dihadapi sebelum membuat keputusan berkahwin dengan suami orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shikin maembong (@shikin_maembong)

Kadang-kadang kalau memang giliran kita tapi isteri pertama ada hal, kita memang kena mengalah. Tak boleh sentiasa terikat dengan suami.

Tambahannya lagi, sebelum menjadi isteri kedua, sememangnya perlu berfikir panjang kerana tidak boleh terlalu bergantung kepada suami dan perlu berdikari.

Dalam pada itu, Shikin mendedahkan dia berkahwin dengan individu berkenaan sekitar tahun 2020, namun tidak berkekalan dan bercerai dua tahun selepas itu.

Shikin turut berkata perkahwinannya itu mendapat restu daripada isteri pertama dan sering memohon maaf pada awalnya kerana sedar tidak mudah untuk seorang wanita bermadu.

Sekadar info, Shikin Maembong pernah berkahwin dengan anak lelaki Chef Wan iaitu Chef Riz pada tahun 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, namun berpisah pada Jun 2016.

Shikin Maembong tenang dikecam
2 years ago

"Awak Semuakan 'Perfect'.." - Shikin Maembong Tenang Dikutuk Mulut Senget & Menantu Dari Neraka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...