“Kita Jumpa Setiap Hari Di Lokasi..” – Izzue Islam Percaya Tak Perlu Berdua-Duaan Untuk Bina ‘Chemistry’, Tahu Jaga Batas Sendiri

Hiburan

“Kita Jumpa Setiap Hari Di Lokasi..” – Izzue Islam Percaya Tak Perlu Berdua-Duaan Untuk Bina ‘Chemistry’, Tahu Jaga Batas Sendiri

Pelakon dan pengacara terkenal, Izzue Islam berkata dia tidak memerlukan sesi tambahan bersama pelakon wanita bagi membina keserasian dalam sebuah drama. Sebaliknya ia boleh dibina di lokasi penggambaran sahaja tanpa perlu dibawa ke luar set.

Boleh dibina di lokasi

Tambah Izzue, dirinya cukup dengan masa di lokasi penggambaran untuk membina chemistry bersama pelakon gandingannya. Tambahan pula, ada masa-masa lain seperti masa berehat untuk berlatih bersama.

Advertisement

Sebagai contoh, ketika dirinya berlakon dengan aktres Ummi Nazeera baru-baru ini. Menurutnya, meskipun menjaga batas, mereka tetap menemui keserasian yang diperlukan.

Kita berjumpa setiap hari dan berlatih di lokasi penggambaran dan waktu break untuk makan pun sudah boleh bina chemistry sesama pelakon.

 

Setakat ini, saya berlakon dengan pelakon Ummi Nazeera, walau kami tak bersentuhan pun orang tetap boleh terima dan dapat rasa kami berdua ni sepasang suami isteri dalam drama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam)

Pandai menjaga batas

Selain itu, aktor berumur 33 tahun ini turut menjelaskan bagaimana dirinya membawa karakter dalam sebuah drama tanpa memerlukan adegan bersentuhan dengan pelakon wanita.

Pada masa yang sama, ketika disoal pandangannya tentang bekerjasama dengan artis yang terpalit dengan kontroversi, Izzue berkata dia tidak mempunyai masalah sekiranya kedua-dua pihak bersikap profesional di lokasi.

Setakat ini, saya tidak pernah digoda artis wanita tapi saya tahu ada beberapa pelakon yang tak selesa dengan saya sebab tak boleh bersentuhan dalam lakonan.

 

Saya pernah beberapa kali digandingkan dengan artis yang sebegitu (kontroversi) sebelum ini.

 

Setakat ini tiada masalah sebab mereka mungkin sudah tahu kalau berlakon dengan saya tak boleh bersentuhan dan pada masa sama, isteri juga ada di lokasi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Terdahulu, salah seorang kru penerbitan drama bersiri yang dilakonkan oleh pelakon sensasi Aliff Aziz dan Ruhainies mendedahkan mereka sering terlihat bersama dan terlalu rapat dengan alasan bagi membina chemistry di lokasi penggambaran.

1 month ago

"Atas Seorang Punyai Perangai, Tempias semua.." - Ummi Nazeera Minta Drama Baru Bersama Aliff Aziz Tidak Diboikot Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...