“Atas Seorang Punyai Perangai, Tempias semua..” – Ummi Nazeera Minta Drama Baru Bersama Aliff Aziz Tidak Diboikot Netizen

Hiburan

“Atas Seorang Punyai Perangai, Tempias semua..” – Ummi Nazeera Minta Drama Baru Bersama Aliff Aziz Tidak Diboikot Netizen

Baru-baru ini, aktres Ummi Nazeera meminta netizen untuk terus menyokong dan menonon drama terbarunya yang digandingkan dengan pelakon sensasi, Aliff Aziz. Ummi berpendapat dirinya dan pelakon serta pihak yang terlibat sudah bertungkus lumus menghasilkan drama tersebut.

Penat bekerja

Menurut Ummi, dirinya berharap orang ramai tidak mengambil keputusan untuk memboikot drama terbarunya itu kerana isu kontroversi Aliff yang masih ‘panas’ di media sosial.

Advertisement

Drama bersiri itu melihatkan Ummi dan Aliff sebagai watak utama disamping pelakon-pelakon lain seperti Fazlina Ahmad Daud, Nafiz Muaz, Nina Smith dan ramai lagi.

Apa-apa pun, tengoklah drama ni ya. Penat kitaorang kerja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dikongsikan itu, terdapat pelbagai pendapat daripada netizen tentang drama tersebut. Rata-rata ingin menyokong karya pelakon hebat ini dan ada juga yang enggan kerana penglibatan Aliff.

Ala, baru plan nak boikot.

 

Sorry to say, sepatutnya station televisyen atau pengarah dah boleh gam si Aliff ni tak payah bagi job lagi betul-betul tak boleh pakai, kalau luar negara macam ni punya kes memang takkan dapat dah job ape pun.. Tempias kena kat orang lain yang jaga diri dgn baik.

 

Kesian kan orang sekeliling penat-penat kerja, atas seorang punya perangai, tempias semua. Lepas ni ada drama dengan dia, jgn ambil tau.

komenSumber : Instagram  

Terdahulu, Aliff Aziz telah ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies di sebuah kondominum mewah pada 9 Mac lalu. Susulan penangkapan itu, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah telah memfailkan kes cerai buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekuatan baru-baru ini.

zarina
1 month ago

"Kenapa Dulu Dia Boleh Terima.." - Zarina Zainuddin Harap Bella Ubah Fikiran, Kembali Bersama Aliff Setelah Berpisah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...