Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ menjadi viral sehingga dianugerahkan sijil penghargaan selepas dia membantu mereka yang memerlukan akibat terkesan dengan bencana baru-baru ini.
Disebabkan kebaikannya itu, memang ramai pihak tampil mahu menghulurkan bantuan termasuklah pengasas kosmetik, Sha Hassan yang mahu menghadiahkannya sebuah kereta 4×4.
Meskipun begitu, timbul pula cerita yang mengatakan Azwan menolak tawaran Sha jika pemberian itu ada unsur ‘marketing’.
Ramai tuduh sekadar marketing, hari hari tanya mana kereta?
Menerusi Instagram, Sha telah menjelaskan bahawa Azwan sebenarnya tidak pernah menolak tawaran kereta tersebut dan memaklumkan dia akan hubungi selepas selesai urusan membantu mangsa banjir di Pahang.
Bukan itu saja, Sha turut menjelaskan kepada netizen yang bertanya di manakah kereta yang ingin dihadiahkan kepada Azwan.
Macam ni awak, sekarang kereta banyak 4×4 yang tidak available dan kena tunggu sampai 2-3 bulan baru boleh dapat even cash sekali pun tetap kena que. Yang 4×2, spec paling low ada la tapi tak puas hati la pula. Alang-alang bagi, bagi yang ok sikit la.”
Abang viva ni santai je. Sha mesej dia tunjuk gambar yang tu yang ni dia jawab “mana mana pun boleh. x kisah” dia tidak tanya apa langsung ? baik betul orangnya.”