Tular ‘Abang Viva’ Gigih Bantu Mangsa Banjir, Netizen Minta Perodua Beri Kereta Baharu Sebagai Hadiah

Berita

Tular ‘Abang Viva’ Gigih Bantu Mangsa Banjir, Netizen Minta Perodua Beri Kereta Baharu Sebagai Hadiah

Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar kini tular dan menjadi tumpuan netizen di pelbagai laman media sosial khususnya Twitter apabila orang ramai mula memuat naik ciapan kepada Perodua sejak semalam.

11 bulan lalu

"Truly Legend!" - Netizen Puji 'Abang Azwan', Bawa Bot Dari Melaka Untuk Bantu Mangsa Banjir

Advertisement

Ia susulan kereta yang dipandu oleh Azwan ketika menjalankan misi menyelamatkan mangsa banjir merupakan jenis Perodua Viva.

Okay siapa boleh share contact Brother Viva? Need it urgently. Perodua cari dia.

Bagaimanapun, seorang pengguna di laman Twitter yang dikenali sebagai @UsharDaniele telah memuat naik satu ciapan meminta nombor telefon Azwan kerana difahamkan, pihak Perodua sedang mencarinya.

Kebanyakan orang ramai berpandangan bahawa Perodua patut memberikannya sebuah kereta baharu sebagai ganjaran memandangkan dia telah banyak berjasa menyelamatkan serta memberi bantuan kepada mangsa banjir.

Namun, masih tiada lagi kenyataan rasmi dan pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak Perodua berkenaan perkara tersebut setakat ini.

Abang Viva

Dalam pada itu, Azwan yang kini sudah berada di Temerloh untuk meneruskan misinya bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di daerah tersebut.

Sebelum ini, Azwan telah mencuri perhatian ramai orang apabila dia sanggup datang dari Melaka menaiki Perodua Viva yang membawa bot persendirian untuk tampil sama-sama membantu mangsa banjir.

Foto dan video Azwan ketika menjalankan misi menyelamatkan mangsa banjir dan menghantar bantuan juga telah banyak dimuat naik oleh segelintir netizen yang berkesempatan berjumpa dengan pemuda itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anon

    December 25, 2021 at 5:40 pm

    Patut jadi IKON perodua. Daripada ambik model cantik hensem tak da motif.

Loading...