“Kita Bukan Kaunselor..” – Linda Onn & Kudsia Kahar Ulas Isu DJ Radio Tiada Empati, Pendengar Hanya Cari Tempat Luahan

Hiburan

“Kita Bukan Kaunselor..” – Linda Onn & Kudsia Kahar Ulas Isu DJ Radio Tiada Empati, Pendengar Hanya Cari Tempat Luahan

Baru-baru ini, isu penyampai radio yang didakwa tiada empati terhadap pendengar itu telah mengundang penyampai radio Linda Onn untuk memberi pendapatnya. Linda juga berkongsi caranya untuk menjawab luahan pendengar supaya tiada mana-mana pihak yang disakiti.

Cara menjawab

Menurut Linda, pendengar yang berkongsi cerita dengan penyampai radio itu sepatutnya didengari dan bukan untuk dikomen berkenaan masalah yang diceritakan. Untuk menjaga hati semua pihak, DJ yang bertugas patutnya tahu cara yang betul untuk menjawab bagi mengelak sebarang salah faham berlaku.

Advertisement

Saya akan cakap terima kasih sudi berkongsi diharapkan awak tabah mengharungi hari-hari mendatang dan awak buat keputusan sebaik-baiknya untuk diri awak. Apa sahaja keputusan awak pastinya dihormati oleh orang sekeliling.

@lindaonn♬ original sound – Linda Onn

Pendengar ingin didengari

Pada masa yang sama, bekas penyampai radio Kudsia Kahar juga berpendapat yang sama. Menurutnya, seorang penyampai radio tidak layak untuk menjadi pakar dalam kehidupan seseorang dan menghakimi atau memberi jalan penyelesaian.

Tambah Kudsia, kebanyakan pendengar hanya mahu berkongsi dan mencari tempat untuk mendengar luahan hati mereka sahaja dan bukan untuk mencari solusi.

Tiada pendengar mengharapkan DJ sebenarnya untuk menyelesaikan masalah mereka. That is never the expectation. Itu memang daripada sejak azali lah stesen radio swasta dekat Malaysia ni sebab kita tahu dan pendengar bijak.

 

Mereka tahu kita bukannya kaunselor, kita bukannya ahli psikologis atau pakar psikologis. Jadi mereka tahu kita tak akan beri mereka jawapan tapi dia nak kita mendengar. A shoulder to cry dan untuk seseorang mengatakan saya faham.

Terdahulu, selebriti Neelofa telah menerima kecaman hebat daripada pengguna media sosial apabila didakwa tiada empati ketika menasihati seorang pendengar yang berkongsi kisah tentang keluarganya.

neelofa
9 months ago

"Saya Bukan Ustazah Yang Layak.." - Bukan Tiada Empati, Cuma Kesuntukan Masa, Neelofa Perjelas Isu Pemanggil Radio

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...