“Saya Bukan Ustazah Yang Layak..” – Bukan Tiada Empati, Cuma Kesuntukan Masa, Neelofa Perjelas Isu Pemanggil Radio

Hiburan

“Saya Bukan Ustazah Yang Layak..” – Bukan Tiada Empati, Cuma Kesuntukan Masa, Neelofa Perjelas Isu Pemanggil Radio

Selebriti terkenal Neelofa mengakui ada kekurangan dari pihaknya ketika berkongsi pandangan mengenai masalah keluarga seorang pemanggil ketika siaran segmen 3 Pagi Era baru-baru ini yang meraih perhatian netizen.

Waktu terlalu singkat

Menurut pelakon ini, faktor masa yang singkat juga merupakan salah satu sebab mengapa dirinya tidak berkesempatan untuk mengupas hal tersebut dengan lebih lanjut dan menyeluruh hingga menimbulkan salah faham.

Advertisement

Selain itu, katanya juga perkongsian tersebut bukanlah dalam bidangnya namun dia cuba untuk memberi pandangan dan ilmu setahunya.

Saya akui kelemahan dan ketidaksempurnaan diri dalam memberi pandangan secara menyeluruh dalam perkongsian tersebut.

 

Namun, saya bercakap tentang agama tanpa menyentuh aspek lain seperti kesihatan mental dan juga empati.

 

Saya bukanlah ustazah yang layak bercakap tetapi berkongsi sedikit daripada apa yang saya tahu.

 

Dalam waktu yang singkat penjelasan itu tidak cukup. Secara spontan itulah reaksi atau jawapan yang boleh saya berikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Memaafkan ibu bapa

Dalam pada itu, Neelofa turut menjelaskan isu yang melibatkan ibu bapa adalah sesuatu hal yang besar. Memandangkan dalam al-Quran juga menjelaskan harus sentiasa berbuat baik pada mereka, itu lah respon atau jawapan yang diberikan oleh Neelofa ketika siaran itu.

Cerita mengenai ibu bapa adalah subjek besar dalam al-Quran. Betapa besarnya darjat dan martabat mereka yang diceritakan dalam setiap ayat-ayat al-Quran.

 

Allah sudah berpesan, meskipun ibu bapa melakukan perbuatan syirik, sebagai anak kita tidak harus taat namun perlu berbuat baik tanpa meninggi suara atau bermasam muka.

 

Topik tersebut juga agak berat juga untuk diulas tetapi saya tetap berikan pandangan mengikut ilmu sedikit yang saya pernah belajar.

 

Saya terima dan ambil kira komen serta pandangan ramai mengenai cara yang sepatutnya saya berikan kepada individu tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Terdahulu, pengacara ini menerima kritikan daripada netizen apabila dianggap tidak sensitif kerana seperti tiada empati pada pemanggil yang berkongsi masalah keluarga yang dihadapinya.

neelofa
1 month ago

"Dia Lahir Dalam Dulang Emas, Mana Nak Faham Perit Orang" - Respon Luahan Pemanggil Di Radio, Neelofa Dikritik Tiada Empati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...