“Kita ‘Belanja’ Sikit Sebab Dah Penat Buat Badan” – Yusuf Bahrin Minta Izin Zizi Kirana Nak ‘Shirtless’ Dalam Filem Pertamanya

Hiburan

“Kita ‘Belanja’ Sikit Sebab Dah Penat Buat Badan” – Yusuf Bahrin Minta Izin Zizi Kirana Nak ‘Shirtless’ Dalam Filem Pertamanya

Pelakon Yusuf Bahrin memaklumkan bahawa dia bakal muncul dalam filem pertama, The Lord Musang King tidak lama sahaja lagi.

Ditemui media, suami kepada penyanyi Zizi Kirana ini juga bakal beraksi sedikit ‘berani’ apabila dia dikhabarkan tidak memakai baju dalam beberapa babak dalam filem tersebut.

Advertisement

Namun begitu, Yusuf berkata bahawa terdapat beberapa ‘syarat’ dikenakan kepada pihak produksi bagi menjayakan babak berani itu.

Saya ambil langkah berani sebenarnya tetapi saya beritahu ada syarat, iaitu jangan dibawah pusat.

Alhamdulillah bila ditayangkan tak nampak bawah pusat dan juga lutut. Nampak dada sahaja. Kita belanja sikit sebab dah buat badan penat-penat.

Yusuf juga memberitahu bahawa dia ada berbincang dengan isteri, Zizi Kirana mengenai babak tersebut sebelum bersetuju untuk melakonkannya.

Saya ada beritahu pada Zizi bahawa dalam skrip ada babak saya mandi dalam bilik air di penjara. Dia cakap ‘pasti mandi tak pakai baju, tak logiklah mandi berbaju.

Jadi dia cakap okey saja, tetapi jangan sampai benda-benda tak sepatutnya nampaklah, saya cakap okey dan janji dengan dia.

Dia dalam pada itu memaklumkan sudah bersedia dengan apa jua kritikan yang bakal dilemparkan penonton setelah ia ditayangkan di pawagam kelak.

Saya tak cakap ia perkara betul dan juga salah. Tetapi saya ambil langkah berani dan tanggungjawab sendiri.

Filem The Lord Musang King arahan pengarah dari negara Korea Selatan, Lee Moon Ho bakal menemui penonton mulai 21 Disember ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Faye
5 months ago

"Bukan Nak Raih Simpati" - Faye Kusairi Menangis Tak Dapat Penuhi Permintaan Nasi Ayam, Terlalu Ramai Pelanggan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...