“Bukan Nak Raih Simpati” – Faye Kusairi Menangis Tak Dapat Penuhi Permintaan Nasi Ayam, Terlalu Ramai Pelanggan

Hiburan

“Bukan Nak Raih Simpati” – Faye Kusairi Menangis Tak Dapat Penuhi Permintaan Nasi Ayam, Terlalu Ramai Pelanggan

Pelakon Faye Kusairi menerusi satu hantaran Instagram miliknya baru-baru ini dilihat menangis hiba dan sebak kerana tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan gerai nasi ayamnya yang terletak di Bukit Antarabangsa.

Ujar Faye, dia menangis kerana ada pelanggan yang terpaksa pulang dengan tangan kosong setelah beratur panjang bagi mendapatkan nasi ayamnya itu.

Advertisement

Assalamualaikum semua, saya rasa sedih hari ini sebab jualan saya habis awal, minta maaf pada yang datang tapi tak sempat nak beli untuk merasa.

Saya minta maaf sangat-sangat kalau ada yang kecewa, lain kali saya buat lebih banyak, terima kasih kepada yang setia membeli setiap hari.

Namun begitu, Faye berkata video itu bukanlah bertujuan untuk meraih simpati masyarakat sebaliknya lebih kepada resah kerana memikirkan perasaan pembeli.

Saya menangis bukan untuk meminta belas kasihan tetapi saya kecewa tak dapat memuaskan hati semua orang.

Ramai orang beratur tapi tak dapat, ada seorang pakcik ni sampai dua kali datang untuk mencuba nasi ayam saya.

Jelasnya lagi, siapa yang ingin membeli nasi ayamnya itu bolehlah membuat tempahan awal agar tiada siapa yang kecewa.

Terdahulu, pelakon filem Tombirou itu mula menjalankan perusahaan menjual nasi lemak secara kecil-kecilan di sekitar kawasan tepi jalan Bukit Antarabangsa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nasi ayam
5 months ago

Faye Kusairi Kini Berniaga Nasi Ayam Tepi Jalan, Terharu Sokongan Peminat Dan Rakan Artis - "Berbunga Hati Kita"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...