Umum mengetahui bahawa kes Covid-19 kini semakin membimbangkan dan telah menjejaskan semua orang yang rata-ratanya terpaksa mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) termasuk ibu mengandung yang terpaksa melahirkan anak sendirian tanpa suami dan anak tercinta disisi.
Begitulah juga nasib seorang bayi yang positif Covid-19 dan terpaksa diletakkan di ward berasingan dengan ibunya.
Perkara itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nur Azrah Azzah yang memuat naik video pengalamannya menjaga bayi tersebut di laman TikTok miliknya.
Ni bukan baby saya, tapi duduk satu ward dengan baby saya, positif covid and masih tak tahu macam mana keadaan ibu baby ni.
Menurut Nur Azrah, dia bersama anaknya telah diwardkan bersama selepas anaknya disahkan positif Covid-19. Namun, dia melihat seorang bayi yang juga berada di ward tersebut namun berseorangan tanpa ibunya.
Kasihan melihat keadaan bayi itu, Azrah memilih untuk menjaga bayi tersebut sambil turut menjaga anaknya.
Ibu tolong jagakan baby ye sementara ni ye. Pukul 3 pagi, sambil tidokan anak sendiri, sambil pujuk baby lain. Ibu will miss you baby, walaupon sehari ja ibu tolong jagakan awak.
@azrah_zaza Ni bukan bby i,tp ddk 1 ward dgn bby i,positif covid and masih xtau mcm mna keadaan ibu bby ni,xpe la bby,ibu tlg jagakan bby ye sementara ni ye
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan tindakan wanita itu yang disifatkan begitu perihatin terhadap orang lain.
“Terima kasih sis tolongkan jagakan baby tu…moga Allah membalas nyer…amin,” tulis seorang netizen.
“Hati seorang ibu, kita tak boleh tengok kalau ada baby lain menangis, kita rasa sangat kesian, semoga Allah membalas segala kebaikan anda Aamiinn,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.