Biarpun sudah beberapa hari, isu Abang Tesla kahwin dua masih hangat diperkatakan oleh orang ramai di platform media sosial.
Turut memberi pandangan mengenai isu berkenaan, Puteri Sarah Liyana meninggalkan pesanan serta nasihat buat kaum wanita di Instagram Story.
View this post on Instagram
Kata Sarah, tidak perlu untuk berlumba-lumba kerana setiap orang mempunyai maruah dan tidak perlu menjadi bodoh menunggu sesuatu hal yang tidak pasti.
Kita ada maruah. Tak payah nak berlumba. Macam ikan lumba-lumba pulak.
Dalam pada masa yang sama, aktres tersebut turut menasihati kaum wanita agar pandai hidup berdikari tanpa berharap dengan sesiapa.