Kisah Penghijrahan Jue Aziz Ini Cukup Menyentuh Hati & Perasaan

Hiburan

Kisah Penghijrahan Jue Aziz Ini Cukup Menyentuh Hati & Perasaan

Jue Aziz telah pun berhijrah dan mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya sejak Rabu minggu lalu. Pelakon yang memang jelita ini kelihatan semakin menawan dan cantik sejak tampil dengan imej baru ini. Apa yang menarik tentang penghijrahan Jue Aziz ini adalah kisah di sebaliknya. Cara hidayah itu sampai kepada Jue Aziz cukup menyentuh hati dan perasaan, lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan pemergian ayah tercinta ke rahmatullah.

jue aziz bertudung

Advertisement

31 Julai lalu, ayah Jue Aziz telah pun meninggal dunia akibat serangan jantung. Sebelum ini, ibu bapa Jue Aziz turut meminta pelakon ini memakai tudung namun hatinya masih tidak tergerak walaupun adik beradik yang lain kesemuanya sudah menutup aurat. Bagi Jue, dia tidak mahu bertudung hanya kerana orang lain menyuruhnya. Namun apabila Jue Aziz bermimpi kehadiran ayahnya, segala-galanya berubah. Kata Jue:-

Alhamdulillah, penghijrahan saya dipermudahkan Allah. Malam Ahad lalu ketika saya ambil wuduk untuk solat, hati saya dirundung perasaan rindu teramat pada arwah ayah. Saya teringin sangat menatap wajahnya dengan senyuman. Malam itu, ketika tidur, saya mimpikan ayah. Malangnya, ayah tidak senyum sehingga saya memegang kedua-dua belah pipinya untuk memaksanya senyum.

Keesokannya, pada hari Isnin saya pergi ke kubur arwah ayah dengan dua kakak. Setibanya di kubur ayah, saya berasa tenang sekali. Saya tidak dapat gambarkan perasaan tersebut. Lalu, saya menceritakan mengenai mimpi tersebut kepada kakak kedua.

Dengan nada lembut kakak memberitahu, mungkin itu pesanan daripada Allah meminta diri saya berubah untuk bertudung. Saya terus menangis dan memeluk kakak. Tiba-tiba pintu hati saya untuk memakai tudung dibuka luas-luas. Saya cakap pada kakak, maknanya Allah dengar doa saya. Maknanya Allah sayangkan saya.

Selepas melawat kubur ayah, saya terus ajak kakak beli tudung. Saya rasa inilah masanya untuk saya bertudung penuh sehingga menutup dada. cukup-cukuplah penampilan saya sebelum ini.

jue aziz bertudung

Terharu sungguh Abang Nara membacanya. Memang benarlah petunjuk dan hidayah itu datang dalam pelbagai bentuk. Jue Aziz beruntung kerana dibukakan hati untuk bertudung pada usia 32 tahun. Semoga dengan penghijrahan ini, roh ayah Jue Aziz lebih tenang di alam sana. Insya Allah lepas ini kalau termimpi lagi, pasti si ayah akan tersenyum girang. Menarik bukan kisah penghijrahan Jue Aziz ini? Kalau korang ada cerita yang lebih kurang begini, kongsikanlah di ruangan komen. Nak juga baca.

P.S: Luncur ombak deras gunakan motosikal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...