Kisah Ikan Siakap Langkawi Kini Tular, DS Vida Nak Belanja Mangsa Yang Teraniaya

Hiburan

Kisah Ikan Siakap Langkawi Kini Tular, DS Vida Nak Belanja Mangsa Yang Teraniaya

Belum tamat nampaknya cerita mengenai pelanggan-pelanggan sebuah kedai makanan hasil laut di Langkawi yang khabarnya teraniaya gara-gara harga juadah yang tidak masuk dek akal.

DS Vida
1 bulan lalu

"Memualkan, Sangat Laparkan Populariti!" - Datuk Seri Vida Tak Sanggup Tengok 'Hujan' Iqbal

Advertisement

Tular di media sosial, kisah-kisah pelanggan ‘ditipu’ itu turut mendapat perhatian usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida yang meluahkan hasrat murni di mana dia ingin membelanja dan membayar balik harga hidangan ikan siakap itu kepada mangsa.

Ikan Siakap ViralSumber : Google  

Hanya simpati, DS Vida berkata dia memang gemarkan hidangan ikan siakap dan enggan orang lain berasa terbeban kerana harganya yang terlalu mahal.

Saya ada baca kisah ikan siakap viral, saya rasa terpanggil untuk saya belanja atau bayar balik harga ikan siakap yang telah dibayar oleh keluarga tersebut.

Saya terpanggil sebab saya memang suka ikan siakap..saya sensitif isu ikan siakap, saya hantu siakap. Saya bukan nak cari viral tapi sebab saya memang di Langkawi jadi biarlah saya belanja.

Perkara tersebut dimaklumkan ibu kepada pelakon Cik B itu menerusi siaran langsung Instagram miliknya di mana dalam sesi IG Live tersebut, wanita yang mendakwa dirinya telah menjadi mangsa penipuan di restoran yang berlokasi di Langkawi itu turut ada bersama DS Vida bagi menceritakan pengalaman pahitnya itu.

Advertisement

Wanita yang dikenali sebagai Niena itu meluahkan rasa berang apabila bil makanan yang dinikmatinya bersama keluarga di restoran tersebut telah mencecah nilai RM1,738.70 gara-gara ikan siakap bersaiz besar.

Namun begitu, Niena menolak bantuan yang ditawarkan DS Vida dan mengucapkan terima kasih di atas niat murni itu.

Katanya lagi, dia hanya ingin berkongsi kisah tersebut agar dijadikan pengajaran kepada orang lain dan berharap mereka di luar sana lebih berhati-hati di masa hadapan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anon

    November 8, 2021 at 11:09 am

    Nak makan ramai2 mcm tu lain kali buka quotation dulu. Idak lah sampai bil kau meninggal terus sebelum sempat tengok ikannya.

    • anti usahawaniste

      November 8, 2021 at 12:08 pm

      problem dia peniaga melayu ni lipat org.
      org nk ikan saiz biasa, dia bagi saiz luar biasa.
      pundek melayu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...