Kisah Hijrah Nurul Syuhada Nurul Ain

Hiburan

Kisah Hijrah Nurul Syuhada Nurul Ain

Pasti ramai yang tertanya-tanya kisah di sebalik penghijrahan Nurul Syuhada Nurul Ain memakai tudung baru-baru ini. Setelah dilihat muncul di MHI dengan imej barunya itu, rasanya Nurul Syuhada tidak pernah tampil di mana-mana media untuk menceritakan kisah di sebalik penghijrahannya.

nurul syuhada nurul ain

Advertisement

Namun hari ini menerusi sisipan B*POP Berita Minggu, Nurul Syuhada memberitahu yang dia sudah lama berniat untuk memakai tudung. Selepas mengerjakan umrah pada bulan Januari, keinginan itu bertambah-tambah. Kata Nurul Syuhada:-

Selepas menonton sebuah rakaman video yang diberikan keluarga mentua bersama keluarga, hati saya terus tergerak untuk menutup aurat. Betul kata orang, apabila kita berniat untuk berubah ke arah kebaikan, Allah akan membentangkan laluannya. Kebetulan amanah itu saya laksanakan ketika umat Islam sedang berpuasa, membuatkan saya begitu menikmati keberkatan bulan suci ini.

nurul syuhada
Disokong kuat oleh suaminya, Abang Nara tertarik dengan kata-kata Nurul Syuhada di bawah ini yang menunjukkan kematangan dan kefahamannya yang sangat tinggi:-

Pada hari pertama, saya berasa seperti di awang-awangan kerana tidak percaya dengan perubahan diri. Saya cuba menyesuaikan diri perlahan-lahan kerana percaya lama kelamaan saya akan dapat menerima perubahan itu. Saya tetap Nurul Syuhada yang sama, cuma perlu lebih berhati-hati terutama dari segi tingkah laku dan tutur kata untuk tidak mencemar imej yang dibawa.

Abang Nara percaya imej baru Nurul Syuhada ini sedikit sebanyak memberikan impak positif kepada peminatnya. Mungkin ada yang tidak bertudung sebelum ini tergerak hati untuk bertudung setelah melihat Nurul Syuhada berbuat sebegitu. Semoga Nurul Syuhada kekal dengan imej sebegini dan tidak menjadi mangsa fesyen tudung seperti sesetengah selebriti. Keep up the good and nice appearance.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

47 Comments

  1. tips

    August 27, 2012 at 7:48 am

    sama-sama perbaiki diri.. :-)

  2. pandan leaf

    August 27, 2012 at 7:31 am

    Salam. Maaf abg nara saya mencelah. Biar peminat nurul syudah ingin menutup aurat niat kerana allah bukan selebriti. Niat kena betoi ye. Jika kita buat kerana ia menjadi ibadat. Maaf jika keterlaluan. Saya pon insan yg lemah ingin berkongsi ilmu yg ader

  3. Izzuddin Shah

    August 27, 2012 at 7:27 am

    Saya berbangga dengan perubahannya kerana dia senior saya semasa di sekolah menengah dahulu.

  4. Klik Aje

    August 27, 2012 at 2:49 am

    baguslaaa dah bertudung

  5. nice

    August 27, 2012 at 2:24 am

    Alhamdullillah..=)

Loading...