August 26th, 2012

Pasti ramai yang tertanya-tanya kisah di sebalik penghijrahan Nurul Syuhada Nurul Ain memakai tudung baru-baru ini. Setelah dilihat muncul di MHI dengan imej barunya itu, rasanya Nurul Syuhada tidak pernah tampil di mana-mana media untuk menceritakan kisah di sebalik penghijrahannya.

nurul syuhada nurul ain

Namun hari ini menerusi sisipan B*POP Berita Minggu, Nurul Syuhada memberitahu yang dia sudah lama berniat untuk memakai tudung. Selepas mengerjakan umrah pada bulan Januari, keinginan itu bertambah-tambah. Kata Nurul Syuhada:-

Selepas menonton sebuah rakaman video yang diberikan keluarga mentua bersama keluarga, hati saya terus tergerak untuk menutup aurat. Betul kata orang, apabila kita berniat untuk berubah ke arah kebaikan, Allah akan membentangkan laluannya. Kebetulan amanah itu saya laksanakan ketika umat Islam sedang berpuasa, membuatkan saya begitu menikmati keberkatan bulan suci ini.

nurul syuhada
Disokong kuat oleh suaminya, Abang Nara tertarik dengan kata-kata Nurul Syuhada di bawah ini yang menunjukkan kematangan dan kefahamannya yang sangat tinggi:-

Pada hari pertama, saya berasa seperti di awang-awangan kerana tidak percaya dengan perubahan diri. Saya cuba menyesuaikan diri perlahan-lahan kerana percaya lama kelamaan saya akan dapat menerima perubahan itu. Saya tetap Nurul Syuhada yang sama, cuma perlu lebih berhati-hati terutama dari segi tingkah laku dan tutur kata untuk tidak mencemar imej yang dibawa.

Abang Nara percaya imej baru Nurul Syuhada ini sedikit sebanyak memberikan impak positif kepada peminatnya. Mungkin ada yang tidak bertudung sebelum ini tergerak hati untuk bertudung setelah melihat Nurul Syuhada berbuat sebegitu. Semoga Nurul Syuhada kekal dengan imej sebegini dan tidak menjadi mangsa fesyen tudung seperti sesetengah selebriti. Keep up the good and nice appearance.


47 responses to “Kisah Hijrah Nurul Syuhada Nurul Ain”

  1. nyah gojes says:

    nurul memang gojes
    kalo letak nurul fasha norjuma fathia satu frame mesti mcm adik-beradik yg gojes lagi hot lat meletop kebabomm

  2. .
    Yang trending pasal #SMKPOP tu hanya fantasy Kpoppers semata2.. Bukannya sekolah ni akan ditubuhkan betul2 pon.. Takkanlah artis2 tu dah jadi artis nak jadi cikgu pulak? Fikir la sikit! Yang kau nak ambil serious pasal benda ni apahal? Terserlah kebodohan kau.. Tsk tsk.. Kesian~~ Satu benda je aku nak share dengan kau. Kpoppers tak kacau hidup kau, so lebih baik kau jangan kacau hidup kiteorang. Okay? ^^

  3. ruby says:

    tak semua yang pakai tudung tu baik. tapi yang baik dah tentu pakai tudung :-)

  4. HAHAHAHAHHAHA PSYCHONYA LAH ALAHAI HAHAHAHAAHAH PSYCHO HABIS WEH HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH fuuu.

    Sebenarnya, orang yang tweet pasal #SMKpop ni tak kacau hidup korang pun. Biarlah dorang nak tweet macam tu, imaginasi sendiri kan. Bukannya boleh berlaku betul-2 pun. Fikirlah sikit, main-2 je kot. Awat butthurt sangat? Ke post ni sebenarnya troll je? -_-

    I guess awak bukan lagi budak 11 tahun yang tak boleh fikir dengan matang, kan? So, FIKIRLAH SECARA MATANG DOOO -_- Takkan tu pun nak kena ajar? -.- Duh.

  5. neil_48 says:

    mst ade je manusia busuk ati mcm gigi emas kt ats ni..

Loading...