Kisah Anak Autisme ‘Survive’ Hidup Tanpa Ibu Bapa, ‘Bahalol’ Arahan Que Haidar Dipuji Satu Naskah ‘Dahsyat’

Drama Tempatan

Kisah Anak Autisme ‘Survive’ Hidup Tanpa Ibu Bapa, ‘Bahalol’ Arahan Que Haidar Dipuji Satu Naskah ‘Dahsyat’

Tidak ramai pengkarya menghasilkan naskah yang mengetengahkan tentang kisah anak istimewa namun telemovie yang diarahkan oleh pelakon terkenal tanah air menjadi sebutan baru-baru ini.

 

Advertisement

Bahalol, tentang kisah anak autistik

Telemovie bertajuk Bahalol ini diarahkan oleh Que Haidar bersama-sama dengan Zainorhisyam mengisahkan tentang seorang anak yang mempunyai ASD atau autism spectrum disorder.

bahalol

Bilal yang dilakonkan oleh Sobri Anuar merupakan seorang lelaki dewasa yang menghidap ASD dan kisah ini mengisarkan kehidupannya bersama ibunya, lakonan Liza Othman.

Di kampung tempat Bilal dan ibunya tinggal, dia dipanggil dengan nama gelaran Bahalol oleh orang kampung meskipun realitinya, hidupnya lebih baik dan teratur daripada sesetengah mereka.

 

Cara ibu didik anak sambil memberikan contoh kisah nabi

Apa yang menariknya bagi saya, watak ibu tersebut bercakap dengan anaknya seolah-olah dia bukan anak istimewa dan sering mendidik Bilal tentang kisah kisah nabi untuk dijadikan tauladan.

bahalol

Meskipun anaknya menghidap ASD, si ibu mengajar anaknya tentang ilmu agama, solat selain mendidiknya menjadi seorang individu yang baik hati.

 

Kelebihan/kekuatan telemovie

Selepas menonton telemovie Bahalol, saya berpendapat kekuatan nashkah yang ditayangkan di RTM ini adalah Sobri Anuar sendiri kerana lakonannya sebagai anak yang menghidap autisme memang power.

Saya pasti, pengarah telemovie ini termasuklah Sobri sendiri sudah melakukan research mereka tentang bagaimana kelakuan mereka yang menghidap ASD.

bahalol

Selain itu, jalan cerita yang cuba disampaikan juga merupakan satu elemen yang sudah cukup kuat untuk kita label ia satu telemovie hebat.

Seperti kata seorang individu ini,

Penceritaan ini memfokuskan macam mana anak istimewa nak teruskan hidup selepas ibu atau bapa meninggal. Bagi ibu bapa yang ada anak istimewa, soalan sebegini memang akan selalu ada di fikiran.

 

Bukan drama tipikal tentang anak autisme

Rata-ratanya (yang sudah menonton) berpendapat ia sebuah telemovie yang hebat kerana bukan drama tipikal tentang anak autisme tetapi lebih kepada bagaimana anak itu akan survive tanpa ibu bapa.

Malah, seorang lelaki yang juga merupakan bapa dan abang kepada anak istimewa turut memuji telemovie ini dan berpendapat lakonan Sobri memang oscar level.

Just nice ASDnya, tak overly done macam kebiasaan dari pelakon pelakon lain. Emosi dan gelak tawanya, lirikan matanya, tertibnya, tantrumnya; dari kacamata saya sebagai seorang bapa dan abang kepada anak istimewa; memang spot on. Superb.

 

Bagi anda yang belum menonton, saya sarankan pergi tonton dan hayati jalan cerita yang disampaikan. Dan percayalah, ia pasti meruntun hati anda. Boleh tonton di RTMklik.

La luna
2 months ago

Pertembungan Budaya Dan Topik 'Penunggang Agama' Buat Filem La Luna Meledak Di Netflix

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...