Kini Sudah Jelas, Peminat Mengalir Air Mata, Doakan Yang Baik-Baik Buat Neelofa Dan Kandungan

Hiburan

Kini Sudah Jelas, Peminat Mengalir Air Mata, Doakan Yang Baik-Baik Buat Neelofa Dan Kandungan

Selebriti terkenal dan juga usahawan, Neelofa yang dilihat hadir di majlis Malam Cahaya Rasulullah 2021/1443H anjuran pertubuhan miliknya iaitu Pertubuhan Kasih Neelofa di Bizmilla Grand Place, One City Subang baru-baru ini ternyata telah mencuri perhatian ramai.

Noor Neelofa
1 bulan lalu

"Kita Lebih Disarankan Untuk Berkongsi Mengenai Kelahiran Berbanding Kehamilan" - Neelofa

Advertisement

Seolah-olah menjawab spekulasi peminat, keberadaan Neelofa di majlis itu ternyata telah memperlihatkan kandungan usahawan itu yang semakin sihat dan membesar.

Perkara itu sekaligus mengundang reaksi teruja dan gembira terutamanya di kalangan para peminat Neelofa.

Mengenakan jubah abaya dalam rona biru cair memukau pandangan, dia  turut kelihatan sekali-sekala mengusap perutnya yang sarat.

Menjengah ke ruangan komen Instagram @lofa.page itu, ramai peminat yang memuji dan tidak kurang juga menitipkan doa buat isteri kepada Haris Ismail itu.

“Bila dah nampak nyata, tetiba air mata syukur akak mengalir. Syukur alhamdulillah, semoga yang baik-baik saja dan sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah S.W.T.” tulis seorang peminat.

“MasyaAllah macam dah nampak baby bump tu. Doa yang baik-baik.” sahut seorang lagi pengguna media sosial Instagram.

Terdahulu, Neelofa ada memberi komen mengenai dakwaan dirinya kini sudah hamil dan berkata bahawa berita kelahiran cahaya mata adalah lebih baik dihebahkan berbanding kehamilan.

Advertisement

Dia dalam pada itu turut memohon doa orang ramai agar menitipkan ucapan yang baik dan perkara positif terhadap dirinya dan keluarga.

Sekadar info, Neelofa dan Haris Ismail telah mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

9 Comments

  1. Anonymous

    November 5, 2021 at 9:52 pm

    apo yang menariknya? ko dah takde cerita lain ke?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...