Pelakon Puteri Sarah Liyana hari ini dilihat ada memuat naik satu hantaran memaklumkan bahawa suami, pengarah Syamsul Yusof telah melantik peguam buat madunya, Ira Kazar bagi tujuan membela diri di mahkamah.
Dalam hantaran yang dimuat naik oleh pengurus Puteri Sarah itu, difahamkan Syamsul telah melantik peguam buat Ira, isteri keduanya.
Tulis pengurus Puteri Sarah lagi, pelantikan peguam itu seolah-olah ‘petunjuk’ buat wanita itu dan dia beranggapan bahawa tindakan Syamsul itu bukanlah jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.
Kalau nak betulkan bukan cara gini bro. Ni memang luncai dengan labu. Mungkin ini salah satu doa @puterisarahliyana untuk diberikan petunjuk yang sebenar-benarnya itu terjawab.
Sekarang kita semua tahu dah pendirian awak (Syamsul) di mana. Betullah bila mak sendiri cakap kiblat pun dah bertukar ke arah sana.
Dalam pada itu, pengurus aktres itu turut mendoakan agar anak-anak Puteri Sarah terutama Syaikhul agar dapat membesar menjadi lelaki yang lebih baik, hasil didikan ibunya itu.
Puteri Sarah kemudian dilihat memuat naik kembali hantaran pengurusnya itu dan menulis kapsyen ‘the more the merrier’ beserta tanda pagar lawan tetap lawan sebagai tanda menunjukkan semangatnya yang tetap kuat bagi menghadapi dugaan yang dihadapinya kini.