Syamsul Yusof Dipersoal Biar Dua Isteri ‘Berperang’ Di Mahkamah, Ini Jawapan ‘Pedas’ Puteri Sarah Liyana

Hiburan

Syamsul Yusof Dipersoal Biar Dua Isteri ‘Berperang’ Di Mahkamah, Ini Jawapan ‘Pedas’ Puteri Sarah Liyana

Semalam, Puteri Sarah Liyana memaklumkan bahawa dia telah dibenarkan untuk memulakan prosiding berkaitan hal menghina mahkamah ke atas madunya, Ira Kazar bersama kakak dan bapa, Kazaruddin Saisi.

Perkara tersebut turut diuar-uarkan pelakon jelita itu di laman Instagram sekaligus mencuri perhatian netizen yang tertunggu-tunggu mengenai perjalanan kes mahkamah antara dia dan isteri baru suaminya itu.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat Puteri Sarah dan berharap agar urusannya dipermudahkan Allah S.W.T.

Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan keberadaan Syamsul Yusof yang seolah-olah membiarkan sahaja isteri-isterinya ‘berperang’ di mahkamah.

Puteri Sarah Liyana masuk hospital
1 year ago

"Bayang Sol Langsung Tak Nampak" - Puteri Sarah Masuk Hospital, Netizen 'Tertunggu' Kelibat Syamsul Yusof

Instagram PSSumber : Instagram  

Apa perasaan Syamsul eh, bini-bini dia berperang kat mahkamah. Dia as suami tak kan la tak bertindak apa-apa. Suamin kot. Takkan taknak settle hal isteri-isteri dia. Berdiam diri kononnya.

Enggan mendiamkan diri, Puteri Sarah dilihat memberi jawapan ‘pedas’ di atas persoalan peminatnya itu.

InstagramSumber : Instagram  

Kerana menjadi berani itu sukar.

Aktres itu dilihat turut membalas komen-komen warga maya yang sepertinya sudah lelah dengan episod rumah tangga mereka yang masih tidak selesai sehingga ke hari ini.

Terdahulu, Ira Kazar dan ahli keluarganya dikehendaki menjawab dan memberi tunjuk sebab kepada mahkamah atas dakwaan Puteri Sarah yang mendakwa madunya itu telah menjejaskan kenteteraman dan kedamaian rumah tangganya bersama Syamsul Yusof sebelum ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...