“Khilaf Saya Sendiri” – Ibu Dakwa Dah Berubah, Aiman Tino Akui Lambat Balas Mesej Punca Salah Faham

Hiburan

“Khilaf Saya Sendiri” – Ibu Dakwa Dah Berubah, Aiman Tino Akui Lambat Balas Mesej Punca Salah Faham

Kelmarin, kecoh apabila ibu kepada penyanyi Aiman Tino mendakwa bahawa anaknya sudah berubah hingga mengabaikan karier seninya selain menolak ketepi keluarga sendiri.

Bahkan Aiman didakwa mula memandang enteng mengenai hal kariernya kerana dikongkong oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Hanis (Fewa).

Advertisement

aiman tino
3 years ago

"Umum Kalau Dah Tak Nak Jadi Artis" - Ibu Aiman Tino Dedah Anak Dikongkong Seorang Wanita?

Terbaru, penyanyi lelaki itu telah tampil bagi merungkaikan dakwaan tersebut dan menjelaskan hal yang sebenar. Katanya, ianya berlaku atas sebab salah faham.

“Semuanya salah faham dan khilaf atas diri sendiri. Tabiat saya sejak dahulu lambat membalas mesej diterima melalui WhatsApp dan menjawab panggilan lalu timbul andaian itu dan ini.”

aiman tino

Jelasnya lagi, dia kadang-kadang alpa untuk membalas semula panggilan dan mesej yang diterima.

“Perkara begini yang saya ambil mudah membuatkan orang lain termasuk ibu bapa terkilan… Sampai mereka boleh fikir macam-macam.”

Aiman juga dikhabarkan bergegas pulang ke rumah keluarga terletak di Kuala Kubu Baru, Selangor bagi meleraikan isu yang timbul itu. Dia juga mengakui bahawa sikap ambil mudahnya itu menyusahkan ramai pihak termasuk keluarga sendiri.

“Ibu bapa mana yang tidak risau jika berdepan kelakuan anak begini. Saya harap tabiat ini dapat diubah demi kebaikan. Saya tak boleh fikir mudah dan ambil ringan perkara yang sebenarnya penting hingga boleh menyusahkan orang lain.”

aiman tino

Berkaitan hal ‘Fewa’, penyanyi itu menjelaskan bahawa mereka mula berkenalan atas sebab urusan kerja. Namun hal yang berlaku langsung tidak melibatkannya.

“Apa yang terjadi tidak perlu babitkan dia atau orang luar. Macam saya cakap, semua ini silap sendiri.”

Harapnya masalah ini tidak akan berulang lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...