Pendedahan pelakon Datin Lisa Surihani tentang dirinya yang sudah berjaya khatam al-Quran lebih daripada lima kali meraih perhatian warganet di media sosial.
Menerusi satu temu bual, Lisa berkongsi aktivitinya pada bukan Ramadan di mana dia selalu melakukan tadarus al-Quran hampir setiap hari.
Tadarus setiap hari
Namun, tahun ini dia mungkin tidak dapat aktif bertadarus seperti biasa memandangkan Lisa sibuk kerana terlibat dengan beberapa urusan kerja.
Sejujurnya, saya tak pasti, Saya rasa dah more than five (khatam). Kebiasaannya saya buat tadarus setiap hari. Tapi tahun ni juga saya akan sibuk di lokasi untuk shooting so saya takut tak boleh commit everyday.
Tambahnya, disebabkan kesibukan itu dia mungkin akan ubah sedikit pendekatan tersebut iaitu lebih kepada mendalami makna dan membuat kajian tentang surah yang dibacanya.
Saya ingat nak baca setiap muka surat dan baca tafsir dia dan buku tadabbur dia. Slow and steady la, so mungkin dalams atu bulan tu tak adalah habis dalam satu mushaf.
View this post on Instagram
Ada yang tuduh riak
Dalam pada itu, perkongsian tersebut mengundang komen negatif daripada seorang individu yang menuduh Lisa riak dengan pencapaiannya khatam lebih lima kali.
Bagaimanapun, ramai netizen menyebelahi Lisa dan berkata dia hanya menjawab soalan dan berkongsi amalannya ketika bulan Ramadan.
Rata-ratanya akui cemburu dengan pencapaian Lisa dan berkata perkongsiannya itu boleh menjadi inspirasi dan membuatkan lebih ramai bersemangat untuk melakukan perkara yang sama.
Saya cuma kata riak je, tak kata apa apa pun tak ada maki hamun pun. Bagi saya dia memang baik tapi Siti Sarah tu banyak amalan dia takde pun menonjol. Segala amalan dia menonjol bila dia dah takde.