Ketumbuhan Di Otak Nazim Othman Bukanlah Kanser

Hiburan

Ketumbuhan Di Otak Nazim Othman Bukanlah Kanser

Sebelum ini, kita sudah mengetahui bahawa Nazim Othman sedang menghidapi penyakit di bahagian otaknya apabila beliau memuat naik foto imbasan magnetik (MRI)  di akaun Instagram miliknya. Walaubagaimanapun, Nazim tidak pernah bersuara atau memberikan sebarang penjelasan berhubung perkara tersebut  dan pelbagai spekulasi mula timbul. Ada yang mengatakan beliau menghidapi kanser otak dan sebagainya.

Namun, setelah lama berdiam diri Nazim akhirnya telah tampil menjelaskan segalanya menerusi temubual eksklusif  menerusi program Hlive Apa Kata Malaysia? Yang dikendalikan oleh Datuk Aznil Nawawi semalam.

Advertisement

Nazim dalam satu kenyataan berkata, beliau kini sedang dalam proses pemulihan dan menafikan dakwaan bahawa ketumbuhan di otaknya bukanlah kanser.

Saya jalani pembedahan secara senyap-senyap pada 6 Mac lalu. Orang tak tau pun. Alhamdulillah ketumbuhan pada bahagian otak saya bukan kanser. Saya tak ada kanser.

Pembedahan yang telah dilakukan ke atas Nazim mempunyai beberapa risiko besar, antaranya beliau boleh kehilangan deria rasa, kerana ia melibatkan bahagian otak yang agak sulit. Ketumbuhan  pada otaknya terletak di antara bahagian mata kanan dan di atas hidung kanannya.

Benda ni sangat sensitif bagi saya sebab ada kemungkinan saya kehilangan deria saya ataupun kemungkinan lain yang lagi besar.

Mula merasa sakit pada awal Januari lalu dan merasa sakit di bahagian kepala yang berlanjutan sehingga sebulan, Nazim akhirnya membuat keputusan untuk melakukan imbasan magnetik (MRI) setelah disarankan oleh bapanya.

Ayah saya yang suruh saya buat imbasan MRI. Hari saya buat MRI yang pertama, saya optimis.

Tetapi doktor kata kepada saya; ‘I’m so sorry. You are unlucky. Melalui imbasan ni kita nampak otak awak ada sesuatu dan kawasan di sekitar ketumbuhan di otak awak sudah membengkak.’ Dan bengkak itu yang membuatkan kepala saya berdenyut-denyut.

Saya mempersoalkan banyak perkara kepada pakar bedah saya. Saya nak tahu apa yang akan jadi kepada saya, terutamanya ia berkaitan otak saya. Saya sangat takut.

Saya buat second MRI saya beberapa hari sebelum pembedahan. First MRI saya pula, dua minggu sebelum itu. Sebelum operation, saya sangat takut. Saya takut dengan kanser tu sebenarnya. Kanser tu adalah cubaan yang sangat tinggi. Jadi saya sangat respect orang yang sangat kuat lalui dugaan kanser.

Buat masa ini Nazim Othman masih lagi berada dalam tempoh pemulihan. Kami yakin beliau akan kekal kuat dan terus bersemangat untuk kembali seperti sebelum ini. Sekurang-kurangnya ketumbuhan tersebut bukanlah kanser. Mari sama-sama kita doakan agar beliau cepat sembuh.

Sumber Berita: Mangga Online

 

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...