Ketua Polis Daerah Shah Alam Sahkan 9 Mangsa Terkorban Akibat Lemas

Berita

Ketua Polis Daerah Shah Alam Sahkan 9 Mangsa Terkorban Akibat Lemas

Sehingga kini, laporan mengenai mangsa yang terkorban dalam banjir kilat yang berlaku baru-baru ini di kawasan Shah Alam meningkat kepada sembilan orang sehingga awal pagi ini.

Melalui temubual Harian Metro bersama Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, beliau berkata, seramai dua mangsa telah dijumpai pada Ahad lalu dan tujuh lagi mangsa dijumpai semalam.

Advertisement

Difahamkan, dua daripada tiga wanita itu adalah warga tempatan dan seorang lagi belum dikenal pasti, manakala tiga daripada enam mangsa lemas lelaki belum dikenal pasti identiti, dua warga tempatan serta seorang warganegara India.

Mangsa lemas di Shah AlamSumber : Google 

Dalam pada masa yang sama, Baharudin memberitahu mangsa yang ditemui Ahad lalu pada jam 4.15 petang adalah lelaki warganegara India dan malam pada hari yang sama, mayat seorang lelaki pula ditemui di Jalan Utama masuk ke Alam Idaman Seksyen 22.

Semalam, mangsa pertama lelaki ditemui pada 12.39 pagi dan pada 5.17 pagi pula, satu mangsa perempuan tidak pasti identiti ditemui di perumahan Persiaran Budiman. Kemudiannya, mereka menemui mayat seorang lelaki pada jam 8 pagi dan selang berapa jam selepas itu, mayat seorang lelaki lagi ditemui di dalam longkang di bawah Lebuhraya Elite berhadapan MSU Seksyen 13.

Katanya lagi, dua mangsa perempuan ditemui di rumah teres Seksyen 25 pada jam 4 petang, manakala mayat terakhir semalam adalah satu lelaki di Subtek Bencana Seksyen 25 pada 7.40 malam.

Semoga keluarga mangsa tabah hadapi ujian ini..

2 years ago

Orang Awam Jumpa Mayat Lelaki Lepas Banjir Surut di Seksyen 22, Shah Alam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...