Orang Awam Jumpa Mayat Lelaki Lepas Banjir Surut di Seksyen 22, Shah Alam

Berita

Orang Awam Jumpa Mayat Lelaki Lepas Banjir Surut di Seksyen 22, Shah Alam

Malam tadi, tular gambar serta video di media sosial menunjukkan satu mayat telah ditemui selepas air banjir surut. Menurut Berita Harian, mayat yang ditemui di jalan utama ke sebuah pangsapuri di Seksyen 22, Shah Alam itu dipercayai lemas.

Difahamkan, kawasan di mana mayat tersebut dijumpai merupakan antara yang terjejas selepas dinaiki air sejak petang Sabtu akibat banjir kilat di beberapa daerah di Selangor.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mayat lelaki tempatan itu berusia dalam lingkungan 30-an dan ditemui oleh orang awam kira-kira jam 7.50 malam.

Mangsa adalah penghuni salah sebuah pangsapuri berdekatan kawasan berkenaan.”

Katanya lagi, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Selain itu, kami sediakan artikel berkenaan tragedi banjir kilat di Selangor yang trending untuk anda baca di bawah.

Baca: Dengar Suara Orang Minta Tolong, Dipercayai Ramai Mangsa Banjir Terperangkap Di Taman Seri Muda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...