Baru-baru ini viral di laman Facebook, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Rosmaliana Roslan yang berkongsi kisah mengenai seorang kanak-kanak lelaki telah meraih perhatian orang ramai.
Menerusi hantaran tersebut, wanita itu menceritakan dia terdengar kanak-kanak itu memberi salam di hadapan rumahnya untuk menjual cendawan tiram.
Pada mulanya, dia tiada niat untuk membeli namun kanak-kanak itu tidak berputus asa memberikan salam di hadapan rumahnya.
Saya buka pagar dan tengok air muka, Ya Allah kesiannya.
Sejurus itu, dia terus mempelawa kanak-kanak itu untuk masuk ke dalam rumahnya untuk memberi makan dan sempat bertanyakan beberapa soalan.
Saya sempat tanya dia masa makan. Tinggal mana? Ayah dan mak ada tak? Ayah kerja apa? Sekolah ke tak?
Menjawab pertanyaan wanita itu, kanak-kanak yang berusia 12 tahun itu berkata bapanya bekerja sebagai Rela manakala ibunya bekerja di Pahang dan hanya balik seminggu sekali. Adik-adik juga masih ada dan salah seorang daripada mereka yang berusia 11 tahun juga menjual cendawan di kawasan lain.
Dia sekolah lagi.. darjah 6 tapi katanya ayah suruh cuti harini suruh jual cendawan. Allahuakbar umur lebih kurang anak saya je ni, tapi dah berkorban tolong keluarga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.