Kemunculan pelbagai ubat dan rawatan untuk memutihkan kulit muka menjadikan ramai orang terutamanya kaum wanita obses untuk menjadi cantik dan merasakan bahawa berkulit gelap itu tidak menawan dan menarik.
Dalam sebuah video TikTok yang tular baru-baru ini, seorang gadis tampil memberi nasihat dan teguran kepada netizen yang gemar mengutuknya hanya kerana berkulit gelap.
Gadis tersebut difahamkan telah menerima banyak kecaman berikutan cara pemakaian dan juga tata rias wajahnya yang dikatakan tidak cantik dan sesuai dengan warna kulitnya.
Kata netizen yang mengutuk itu, gadis itu akan kelihatan jauh lebih hodoh jika membuang ‘filter’ di video TikToknya.
Meskipun dihina sedemikian rupa, gadis itu tidak melenting malah memberi nasihat dengan cara yang sopan dan tenang. Terbaiklah!
Ujar gadis itu, dia berasa bangga dengan warna kulitnya yang gelap dan turut memberi rujukan Bilal Bin Rabah yang merupakan orang pertama melaungkan azan juga seorang yang mempunyai kulit gelap.
Dia juga sempat menasihatkan agar netizen tidak sesekali menghina rupa bentuk fizikal orang lain kerana ia juga tindakan menghina ciptaan Allah.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan nasihat gadis ini dan merasakan setiap wanita mempunyai kecantikan mereka yang tersendiri, tidak mengira warna kulit.
Anonymous
June 24, 2022 at 12:03 pm
Terbaik budak perempuan nie, tenang sahaja. Saya pun tk paham obessi nak putih nie. As long as kulit kite sihat, bersih, dah cukup bagus dah tu untuk saya.
Anonymous
June 25, 2022 at 7:55 pm
Subhanallah, hebat nye sabar mengahdapi ujian ??
brunes
June 27, 2022 at 9:19 am
betul, saya sendiri pun suka dengan kulit gelap ni, glow dia tu lain macam. tak payah lah nak obsess nak putih2 kalau tak natural.. kulit meleis memang sawo matang okeh bukan mcm mayat. tu scary betul.. mcm dah tak ada melanin dalam kulit.. bagus spend duit sehatkan dan bersihkan kulit daripada putihkan kulit.. kulit putih doesnt mean cantik ok kita meleis kena ubah pemikiran kolot yang di cipta oleh taukeh2 produk timbang kilo ni.. hahah tiberr