“Kesian.. Tak Ada Anak” – Pemanggil Radio Sindir Elizad Buat Netizen Sakit Hati

Hiburan

“Kesian.. Tak Ada Anak” – Pemanggil Radio Sindir Elizad Buat Netizen Sakit Hati

Sebelum ini, pelakon dan penyampai radio iaitu Siti Elizad Sharifuddin mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan konti radio Duo Sinar bersama rakan penyampai Hefny Sahad selepas hampir tiga tahun berkhitmat.

Menurut Elizad, dia sudah pasti akan merindui moment-moment bersama selain turut mengucapkan terima kasih buat Hefny kerana banyak membantunya mengenai ilmu-ilmu dunia penyiaran radio.

Advertisement

Namun, baru-baru ini tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebgai Eika Zahalia yang berkongsi sedutan radio Elizad bersama seorang pemanggil telah menimbulkan rasa marah orang ramai.

Menerusi video tersebut, seorang pemanggil telah meluahkan rasa sedihnya kerana Elizad tidak lagi ke udada namun secara tiba-tiba dia telah menyentuh mengenai isu pelakon itu yang masih tidak mempunyai anak.

Elizad.. err kesian.. tak apa, ramai orang tak ada anak.

Malah, apa yang menjadi perhatian orang ramai apabila Elizad dilihat tenang dan profesional menghadapi situasi sebegitu dengan lantas menukar topik perbualan.

@eikazahalia

Membalas kepada @ibu.mikhaeel lps tu elizad terus tukar kepada ucapan.. semoga kak elizad terus tabah.. ??

? bunyi asal – Eika Zahalia – Eika Zahalia

Meninjau di ruangan komen, perkongsian itu telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pemanggil itu yang dianggap kurang sensitif.

Bukan itu sahaja, ada juga yang membuat andaian mungkin situasi sebegini yang menjadi punca Elizad mengambil keputusan untuk meninggalkan konti radio dan kembali aktif dalam bidang lakonan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 bulan lalu

"Macam Takde Orang Lain!" - Netizen Tak Suka Shuib Jadi DJ Baru Suria FM, Siap Kata 'Bingit'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...