“Kesian Anak Kau Dapat Mak Bebal” – Tiap Malam Potong Bulu Mata Anak Sampai ‘Botak’, Katanya Boleh Lentik

Kehidupan

“Kesian Anak Kau Dapat Mak Bebal” – Tiap Malam Potong Bulu Mata Anak Sampai ‘Botak’, Katanya Boleh Lentik

Sememangnya kita tahu pelbagai cara dan kaedah digunakan oleh ibu bapa agar anak yang masih kecil kelihatan cantik apabila dewasa kelak.

Bagaimanapun, tidak semua petua yang disarankan serta diberitahu boleh diikuti kerana barangkali ianya adalah mitos semata-mata.

Advertisement

Seperti satu video tular di platform TikTok ini, ia memaparkan seorang ibu menggunting bulu mata anaknya yang masih kecil itu hingga ‘botak’ kerana mempercayai dengan melakukan seperti itu, bulu mata anaknya akan menjadi lentik.

Difahamkan juga, hal tersebut juga dijadikan rutin ibu terbabit setiap malam apabila anaknya sudah tidur kerana mudah untuk dia menggunting bulu mata bayi berkenaan.

Sememangnya hal tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-ratanya ‘menepuk dahi’ melihat rutin yang dilakukan oleh wanita itu.

komen tiktok

komen tiktok

Kebanyakkan netizen berasa kesian terhadap bayi yang ‘dianiaya’ oleh ibu sendiri itu dan mereka turut menasihati si ibu agar membiarkan bulu mata bayi terbabit sedia ada kerana fungsinya adalah untuk memastikan habuk tidak masuk ke mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

ac
2 years ago

"Mengarut" - Netizen Tak Percaya Cerita AC Mizal Mengaku Pernah Makan Tisu Waktu Susah Dulu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...